Wednesday, December 23, 2009

SYEIKH AL JARUMI


Syeikh Al-jarumi

Haji Wan Muhammad Idris Bin Haji Wan Jamal
(Tok Syeikh Jarum Derga)
Tok Sheikh Jarum atau nama penuhnya ialah Haji Wan Muhammad ldris bin Haji Wan Jamal dilahirkan pada tahun 1266 Hijrah bersamaan 1849 Masihi. Beliau dilahirkan di Kampung Bendang, Daerah Jaha dalam Wilayah Yala, Patani.
Gelaran 'Jarum' di hujung nama Haji Wan Muhammad ldris dikatakan berpunca dari peristiwa sewaktu Raja Patani mengumpul beberapa orang ulama di istananya untuk berbincang masalah 'hukum rejam' dalam Islam. Ketika Raja Patani meminta Haji Wan Muhammad ldris memberikan pendapat, ulama yang paling muda itu dapat menjawab dengan pintar dan tepat. Ketajaman fikiran yang difikirkan oleh raja seperti 'Jarum' itulah menyebabkan baginda menggelarnya, 'Tok Sheikh Jarum'.
Berdasarkan sumber kedua, iaitu catatan yang diperolehi dari cucunya, Haji Wan Muhammad ldris adalah berasal dari keturunan 'Al-Jarmi' di Hadhramaut, Tanah Arab. Di dalam catatan tersebut tertulis :"Sheikh ldris atau Sheikh Jarum bin Jamal masyhur dengan panggilan Wan ldris bin Wan Abdul Jamal bin Abdul Latif bin Sheikh Muhammad Shamsuddin bin Muhammad Fakeh bin Muhammad Yassin bin lbrahim Al-Hadharamaut bin lbar Hadharamaut Al-Jarmi". Salah seorang anak Tok Sheikh Jarum yang terkenal yang memakai gelaran ini ialah Haji Abdul Rahman Al-Jarum.


Tuesday, December 22, 2009

buat sahabat seakidah



Aku tujukan warkah khas ini buatmu yang ku kasihi. Aku tahu sepanjang persahabatan kita, kita sudah melalui pelbagai pahit manis dan suka duka bersama. Tidak dapat tidak terbitnya suatu jurang di dalam persahabatan kerana ukhwah itu sentiasa diuji. Maafkanku wahai sahabat. Aku tahu aku cuba larikan diri dari masalah ini. Dan aku tahu Allah sedang menguji persahabatan kita. Aku lari dan terus lari dari masalah. Tanpa aku sedari, semakin hari masalah ini semakin rumit dan membuatkan aku semakin sakit. Lalu aku berfikir, apakah sebenarnya yang Allah cuba berikan padaku. Lama – kelamaan aku mengerti duhai sahabat. Masalah ini adalah masalah kita bersama. Masalah dalam ukhwah. Memang ramai pandai bercakap pasal ukhwah tapi adakah kita mengerti makna disebalik ukhwah itu sendiri? Sahabatku, terimalah apa yang ingin aku katakan ini padamu dengan hati terbuka..

Duhai sahabat, setelah pertemuan kita yang hampir sejam itu, aku dapat rasakan bagaikan ada suatu kuasa yang menggerakkan aku untuk menegurmu. Memang selama ini salah aku sahabat. Salah sahabatmu ini yang hanya mengajakmu kepada kebaikan tetapi tidak melarangmu pada kemungkaran. Maaf sahabat! Aku perlukan masa..dan masa sejam yang telah Allah berikan itu sebagai suatu wasilah untukku bertemu denganmu.

Sahabat, aku tahu engkau perlukanku di saat susah dan senang. Begitu juga aku. Dan aku sedar manusia itu sentiasa berubah. Mumkin berubah daripada keburukan kepada kebaikan dan juga sebaliknya. Iman manusia itu sentiasa berubah-ubah. Menjadi suatu kepentingan kepada individu itu sendiri untuk membentuk diri dengan sebaiknya.

Sahabat..

Dengarlah nasihat dan teguran ini..aku tahu engkau mudah dipengaruhi. Jika baik sekelilingmu, maka baiklah dirimu tetapi jika buruk sekelilingmu, maka buruklah dirimu. Aku tak perlukan sebarang bayaran untuk mendapat perhatianmu tapi cukuplah sekadar engkau cuba mengerti perasaanku. Aku tahu engkau sering menuturkan bahawa kita datang dari latar belakang yang berbeza dan ini membuatkan engkau terlalu rendah diri untuk bersahabat denganku. Sesungguhnya aku tidak pernah membezakan dirimu. Aku masih anggap engkau sebagai seorang sahabat walau teruk mana sekalipun dirimu.

Sahabat, jagalah dirimu dengan sebaiknya sebagai mana engkau menjaga dengan baik barang-barangmu. Kerana seindah hiasan adalah wanita solehah, bukannya setebal solekan yang engkau cuba pamirkan. Aku mahu melihat engkau menjadi wanita solehah sebagaimana dulu sewaktu engkau di sekolah. Penuh dengan kesopanan. Ingatlah sahabat kata-kataku sewaktu engkau menangis padaku. Jadilah seperti mutiara di lautan, jangan jadi seperti batu di jalanan. Mutiara di lautan itu lebih berharga jika dibandingkan batu di jalanan kerana mutiara itu tersimpan kemas di dalam cangkerang yang keras yang memberi banyak manfaat kepada manusia. Jangan jadikan dirimu umpama batu di jalanan, senang dijumpai, senang dipijak malah jua senang dibuang. Dan ia langsung tidak memberi manfaat kepada orang lain.



Sahabat, jagalah auratmu dengan sebaiknya kerana kita akan ditanya oleh Allah kelak akan aurat yang pernah kita dedahkan kepada yang bukan selayaknya. Takutilah bahang api neraka yang marak yang penuh dengan wanita-wanita yang tidak menutup aurat lagi bertelanjang. Adakah engkau juga mahu menempah tiket ke sana? Nauzubillahi min zalik..aku doakan semoga engkau terpelihara dari azab ini. Jadi sahabat, tutuplah auratmu, labuhkan tudungmu selaras dengan tuntutan syariat. Setiap anggota yang Allah berikan ini adalah amanahNya. Kita diberi taklifan untuk menjaga setiap anggota ini. Terpulang pada Dia untuk membutakan mata kita atau melumpuhkan kaki kita kerana Dialah selayaknya untuk berbuat begitu. Ingatlah bahawa Dia Maha Pencipta lagi Maha Bijaksana. Setiap apa yang Dia lakukan itu mesti ada asbabnya.

Sahabat, seperti yang telah aku katakan padamu, sayangilah kedua ibu bapamu. Jagalah mereka dengan sebaiknya. Kita sebagai anak menjadi satu tanggung jawab untuk membalas jasa dan pengorbanan mereka selama ini. Sebenarnya kita tidak mampu untuk membalas jasa bakti mereka kerana pengorbanan yang mereka lakukan untuk kita adalah sangat besar dan apa yang kita beri itu tidak setimpal dengan pengorbanan yang telah mereka berikan. Duhai sahabat, selagi mana engkau belum disunting oleh kaum Adam, kau masih lagi dalam jagaan kedua ibu bapamu. Jadi, sudah semestinya perlu untuk mereka tahu ke mana engkau pergi, dengan siapa dan untuk apa. Mereka berhak untuk mengetahui semua itu. Aku harap engkau tidak membelakangkan ibu bapamu dalam setiap apa jua keputusan yang ingin dibuat. Sekiranya engkau telah keluar berdua-duaan dengan kaum Adam, tanpa diketahui oleh ibu bapamu, aku harap engkau berfikir panjang. Aku takut sesuatu yang tidak baik berlaku padamu. Fikir-fikirkanlah sekiranya sesuatu yang tidak baik berlaku dan di saat itu ibu bapamu tiada disampingmu. Apakah perasaan mereka sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak diingini ke atas anak mereka? Adakah engkau pernah berfikir soal ini? Adakah selama ini engkau pernah mengambil tahu perasaan mereka? Atau kau terlalu jahil dan membelakangi mereka? Sahabat, kala itu tiada gunanya air mata lagi. Aku harap engkau insaf akan segala perbuatanmu selama ini.

Sahabatku..

Kurangkanlah dalam berhias. Aku tidak katakan salah dalam Islam ini untuk berhias. Tetapi kurangkanlah, cukuplah sekadar tidak menampakkan dirimu seperti mayat hidup (pucat). Itupun sudah cukup. Sesungguhnya makin banyak keinginanmu untuk bersolek, makin banyak wang yang telah kau belanjakan. Duit yang kau gunakan untuk membeli alat solekmu itu adalah lebih baik disumbangkan kepada saudara seagama kita yang bertarung nyawa di Gaza. Dalam masa yang sama engkau telah membantu mereka yang tidak bernasib baik ini. Sudah berapa banyak pahala yang telah engkau lakukan. Malah Allah akan gandakan lagi amalan-amalanmu itu. Sahabat, jika aku sendiri rimas melihat personalitimu yang terlalu tabarruj itu, apatah lagi kaum Adam. Wajah yang Allah telah berikan itu sudah cukup sempurna dan cantik. Mengapa perlu diubah suaikannya? Adakah engkau tidak pernah bersyukur dengan nikmat kecantikan yang telah Allah berikan? Oleh itu, sederhanalah dalam berhias kerana Allah suka pada orang yang bersederhana.

Sahabatku penawar hatiku,

Cantiknya wanita itu apabila tubuhnya dibaluti dengan pakaian taqwa. Dan kerana kecantikan wanita itu jugalah Allah menyuruh kaum Hawa untuk menutup seluruh anggota tubuhnya kecuali muka dan telapak tangan. Aku ingin menegaskan tentang pakaian yang sepatutnya dipakai oleh seorang wanita yang bergelar muslimah. Pakaian itu mestilah labuh menutup paras dadamu, tidak jarang malah tidak juga sempit dan ketat, dan tidak menyerupai pakaian agama lain. Allah juga telah berfirman dalam Surah An-Nur;ayat 31:

31. Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau Saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.

Wahai sahabat, aku sangat menitikberatkan soal pakaian yang menutup aurat. Pakaian yang kau pakaikan ditubuhmu itu ibarat nangka yang dibalut. Nampak seperti menutup aurat, tetapi tidak. Jadi, tidak perlulah untuk menayangkan tubuh yang cantik itu kepada orang lain. Simpanlah kepada yang berhak untuk melihat (suami). Dan tidak perlulah untuk berlebih-lebihan dalam mencari pakaian yang gah.


Sebenarnya sahabat, sungguh mudah untuk kita berbuat kebaikan. Tetapi kita sebagai manusia ini selalu memilih. Kita berfikir panjang untuk berbuat kebaikan tapi tidak pula berfikiran panjang untuk berbuat kemaksiatan. Tidak salah untuk memilih tapi biarlah kena pada tempatnya. Andaikanlah sekiranya Allah memberikan pahala di depan mata sejurus sahaja manusia itu berbuat kebaikan. Sudah semestinya kita berkejaran untuk mendapatkan pahala itu. Macam duit. Mesti kita nak kalau ada orang bagi depan mata. Tapi ada asbab yang Allah tanak manusia ni nampak pahalanya sejurus selepas berbuat kebaikan. Mumkin akan timbul riak dan sebagainya. Sebab itu Allah menyeru kita untuk berebut dalam berbuat amal kebajikan. Kejar 5 sebelum 5. Oleh itu sahabatku, aku harap engkau juga turut mengejar 5 ini iaitu sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit dan hidup sebelum mati.

Duhai sahabatku, teguran dan nasihatku ini adalah datangnya daripada Allah. Aku adalah sebagai pengantaraan untukmu. Aku tahu kau perlukan masa untuk berubah. Aku akan tetap bersamamu di kala susah dan senang. Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu juga dari Allah tetapi disabitkan atas diriku.


Manisnya Cinta kepada ALLAH

Penulis : Al-Ustadz Abu Usamah Abdurrahman bin Rawiyah An-Nawawi
(hafizhahullah)

Cinta bisa jadi merupakan kata yang paling banyak dibicarakan manusia. Setiap
orang memiliki rasa cinta yang bisa diaplikasikan pada banyak hal. Wanita,
harta, anak, kendaraan, rumah dan berbagai kenikmatan dunia lainnya merupakan
sasaran utama cinta dari kebanyakan manusia. Cinta yang paling tinggi dan
mulia adalah cinta seorang hamba kepada Rabb-nya.

Kita sering mendengar kata yang terdiri dari lima huruf: CINTA. Setiap orang
bahkan telah merasakannya, namun sulit untuk mendefinisikannya. Terlebih untuk
mengetahui hakikatnya. Berdasarkan hal itu, seseorang dengan gampang bisa
keluar dari jeratan hukum syariat ketika bendera cinta diangkat. Seorang
pezina dengan gampang tanpa diiringi rasa malu mengatakan, “Kami sama-sama
cinta, suka sama suka.” Karena alasan cinta, seorang bapak membiarkan
anak-anaknya bergelimang dalam dosa. Dengan alasan cinta pula, seorang suami
melepas istrinya hidup bebas tanpa ada ikatan dan tanpa rasa cemburu
sedikitpun. Allahul Musta’an (Allah-lah tempat kita meminta tolong)

Demikianlah bila kebodohan telah melanda kehidupan dan kebenaran tidak lagi
menjadi tolok ukur. Dalam keadaan seperti ini, setan tampil mengibarkan
benderanya dan menabuh genderang penyesatan dengan mengangkat cinta sebagai
landasan bagi pembolehan terhadap segala yang berfirman, “Dijadikan indah pada
(pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini yaitu:
wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda
pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di
dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik.” (Ali ‘Imran: 14)

Rasulullah bersabda dalam haditsnya dari shahabat Tsauban ‘Hampir-hampir
orang-orang kafir mengerumuni kalian sebagaimana berkerumunnya di atas sebuah
tempayan.’ Seseorang berkata: ‘Wahai Rasulullah, apakah jumlah kita saat itu
sangat sedikit?’ Rasulullah berkata: ‘Bahkan kalian saat itu banyak akan
tetapi kalian bagaikan buih di atas air. Dan Allah benar-benar akan mencabut
rasa ketakutan dari hati musuh kalian dan benar-benar Allah akan campakkan ke
dalam hati kalian (penyakit) al-wahn.’ Seseorang bertanya: ‘Apakah yang
dimaksud dengan al-wahn wahai Rasulullah?’ Rasulullah ‘Cinta dunia dan takut
mati.’ (HR. Abu Dawud no. 4297, dan dishahihkan oleh Asy-Syaikh Al-Albani
dalam Shahih Sunan Abi Dawud no. 3610)

Asy-Syaikh ‘Abdurrahman As-Sa’di dalam tafsirnya mengatakan, “Allah
memberitakan dalam dua ayat ini (Ali ‘Imran: 13-14) tentang keadaan manusia
kaitannya dengan masalah lebih mencintai kehidupan dunia daripada akhirat, dan
Allah menjelaskan perbedaan yang besar antara dua memberitakan bahwa hal-hal
tersebut (syahwat, wanita, anak-anak, dsb) dihiaskan kepada manusia sehingga
membelalakkan pandangan mereka dan menancapkannya di dalam hati-hati mereka,
semuanya berakhir kepada segala bentuk kelezatan jiwa. Sebagian besar condong
kepada perhiasan dunia tersebut dan menjadikannya sebagai tujuan terbesar dari
cita-cita, cinta dan ilmu mereka. Padahal semua itu adalah perhiasan yang
sedikit dan akan hilang dalam waktu yang sangat cepat.”

DEFINISI CINTA

Untuk mendefinisikan cinta sangatlah sulit, karena tidak bisa dijangkau dengan
kalimat dan sulit diraba dengan kata-kata. Ibnul Qayyim mengatakan, “Cinta
tidak bisa didefinisikan dengan jelas, bahkan bila didefinisikan tidak
menghasilkan (sesuatu) melainkan menambah kabur dan tidak jelas, (berarti)
definisinya adalah adanya cinta itu sendiri.” (Madarijus Salikin, 3/9)

HAKIKAT CINTA

Cinta adalah sebuah amalan hati yang akan terwujud dalam (amalan) lahiriah.
Apabila cinta tersebut sesuai dengan apa yang diridhai Allah, maka ia akan
menjadi ibadah. Dan sebaliknya, jika tidak sesuai dengan ridha-Nya maka akan
menjadi perbuatan maksiat. Berarti jelas bahwa cinta adalah ibadah hati yang
bila keliru menempatkannya akan menjatuhkan kita ke dalam sesuatu yang
dimurkai Allah yaitu kesyirikan.

CINTA KEPADA ALLAH

Cinta yang dibangun karena Allah akan menghasilkan kebaikan yang sangat banyak
dan berharga. Ibnul Qayyim dalam Madarijus Salikin (3/22) berkata, ”Sebagian
salaf (orang yang terdahulu lagi shalih) mengatakan bahwa suatu kaum telah
mengaku cinta kepada Allah, lalu Allah menurunkan ayat ujian kepada mereka:
“Katakanlah: jika kalian cinta kepada Allah maka ikutilah aku, niscaya Allah
akan mencintai kalian.” (Ali ‘Imran: 31)

Mereka (sebagian salaf) berkata, “(firman Allah) ‘Niscaya Allah akan mencintai
kalian’, ini adalah isyarat tentang bukti kecintaan tersebut dan buah serta
faidahnya. Bukti dan tanda (cinta kepada Allah) adalah , faidah dan buahnya
adalah kecintaan Allahmengikuti Rasulullah maka kecintaankepada
kalian. Jika kalian tidak mengikuti Rasulullah Allah kepada kalian tidak akan
terwujud dan akan hilang.”

Bila demikian keadaannya, maka mendasarkan cinta kepada orang lain karena-Nya
tentu akan mendapatkan kemuliaan dan nilai di sisi Allah. bersabda dalam
hadits yang diriwayatkan dari Anas bin Malik bahwa Rasulullah bersabda,“Tiga
hal yang barangsiapa ketiganya ada pada dirinya, niscaya dia akan mendapatkan
manisnya iman. Hendaklah Allah dan Rasul-Nya lebih ia cintai daripada selain
keduanya, dan hendaklah dia mencintai seseorang dan tidaklah dia mencintainya
melainkan karena Allah, dan hendaklah dia benci untuk kembali kepada kekufuran
setelah Allah selamatkan dia dari kekufuran itu sebagaimana dia benci untuk
dilemparkan ke dalam neraka.” (HR. Al-Bukhari no. 16 dan Muslim no. 43)

SEBAB-SEBAB CINTA KEPADA ALLAH

Ibnul Qayyim mengatakan bahwa di antara sebab-sebab adanya cinta (kepada
Allah) ada sepuluh perkara:
1. Membaca Al Qur’an, menggali, dan memahami makna-maknanya serta apa yang
dimaukannya.
2. Mendekatkan diri kepada Allah dengan amalan-amalan sunnah setelah amalan
wajib.
3. Terus-menerus berdzikir dalam setiap keadaan.
4. Mengutamakan kecintaan Allah di atas kecintaanmu ketika bergejolaknya nafsu.
5. Hati yang selalu menggali nama-nama dan sifat-sifat Allah, menyaksikan dan
mengetahuinya.
6. Menyaksikan kebaikan-kebaikan Allah dan segala nikmat-Nya.
7. Tunduknya hati di hadapan Allah
8. Berkhalwat (menyendiri dalam bermunajat) bersama-Nya ketika Allah turun (ke
langit dunia).
9. Duduk bersama orang-orang yang memiliki sifat cinta dan jujur.
10. Menjauhkan segala sebab-sebab yang akan menghalangi hati dari Allah .
(Madarijus Salikin, 3/18, dengan ringkas)

CINTA ITU IBADAH

Sebagaimana telah lewat, cinta merupakan salah satu dari ibadah hati yang
memiliki kedudukan tinggi dalam agama sebagaimana ibadah-ibadah yang lain.
Allah berfirman, “Tetapi Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan dan
menjadikan iman itu indah dalam hatimu.” (Al-Hujurat: 7)

“Dan orang-orang yang beriman lebih cinta kepada Allah.” (Al-Baqarah: 165)

“Maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan
merekapun mencintai-Nya.” (Al-Maidah: 54)

Adapun dalil dari hadits Rasulullah adalah hadits Anas yang telah disebut di
atas yang dikeluarkan oleh Al-Imam Al-Bukhari dan Al-Imam Muslim: “Hendaklah
Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya.”

MACAM-MACAM CINTA

Di antara para ulama ada yang membagi cinta menjadi dua bagian dan ada yang
membaginya menjadi empat. Asy-Syaikh Muhammad bin ‘Abdulwahhab Al-Yamani dalam
kitab Al-Qaulul Mufid fi Adillatit Tauhid (hal. 114) menyatakan bahwa cinta ada
empat macam, yaitu:
1. Cinta ibadah.
Yaitu mencintai Allah dan apa-apa yang dicintai-Nya, dengan dalil ayat dan
hadits di atas.
2. Cinta syirik.
Yaitu mencintai Allah dan juga selain-Nya. Allah berfirman, “Dan di antara
manusia ada yang menjadikan selain Allah sebagai tandingan-tandingan (bagi
Allah), mereka mencintai tandingan-tandingan tersebut seperti cinta mereka
kepada Allah.” (Al-Baqarah: 165)
3. Cinta maksiat.
Yaitu cinta yang akan menyebabkan seseorang melaksanakan apa yang diharamkan
Allah dan meninggalkan apa-apa yang diperintahkan-Nya. Allah berfirman, “Dan
kalian mencintai harta benda dengan kecintaan yang sangat.” (Al-Fajr: 20)
4. Cinta tabiat.
Seperti cinta kepada anak, keluarga, diri, harta dan perkara lain yang
;dibolehkan. Namun tetap cinta ini sebatas cinta tabiat. Allah
berfirman dalam surat Yusuf ayat 8, “Ketika mereka (saudara-saudara
Yusuf ‘alaihis salam) berkata: ‘Yusuf dan adiknya lebih dicintai oleh bapak
kita daripada kita.”

Jika cinta tabiat ini menyebabkan kita tersibukkan dan lalai dari ketaatan
kepada Allah sehingga meninggalkan kewajiban-kewajiban, maka berubahlah
menjadi cinta maksiat. Bila cinta tabiat ini menyebabkan kita lebih cinta
kepada benda-benda tersebut sehingga sama seperti cinta kita kepada Allah atau
bahkan lebih, maka cinta tabiat ini berubah menjadi cinta syirik.

BUAH CINTA KEPADA ALLAH

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah berkata, “Ketahuilah bahwa yang menggerakkan
hati menuju Allah ada tiga perkara: cinta, takut, dan harapan. Dan yang paling
kuat adalah cinta, dan cinta itu sendiri merupakan tujuan karena akan
didapatkan di dunia dan di akhirat.” (Majmu’ Fatawa, 1/95)
Asy-Syaikh ‘Abdurrahman As-Sa’di menyatakan, “Dasar tauhid dan ruhnya adalah
keikhlasan dalam mewujudkan cinta kepada Allah. Cinta merupakan landasan
penyembahan dan peribadatan kepada-Nya, bahkan cinta itu merupakan hakikat
ibadah. Tidak akan sempurna tauhid kecuali bila kecintaan seorang hamba kepada
Rabbnya juga sempurna.” (Al-Qaulus Sadid, hal. 110)

Bila kita ditanya bagaimana hukumnya cinta kepada selain Allah, Maka kita
tidak boleh mengatakan haram dengan spontan atau mengatakan boleh secara
global, akan tetapi jawabannya perlu dirinci.
Pertama, bila dia mencintai selain Allah lebih besar atau sama dengan cintanya
kepada Allah maka ini adalah cinta syirik, hukumnya jelas haram.
Kedua, bila dengan cinta kepada selain Allah menyebabkan kita terjatuh dalam
maksiat maka cinta ini adalah cinta maksiat, hukumnya haram.
Ketiga, bila merupakan cinta tabiat maka yang seperti ini diperbolehkan.

Wallahu a’lam.

Monday, December 21, 2009


Majalah Solusi Edisi 14


Product Information
Majalah Solusi Edisi 14, Disember 2009. Isu: Hidup Untuk Memberi.

Tafsir – Ustaz Hj Zahazan Mohamed – Surah al-Duha, nikmat-nikmat Allah ke atas Rasulullah.

Hadis – Ustaz Adlan Abd Aziz – Kelebihan bersugi mendapat reda Allah.

Info Fiqah – Beza sedekah dan zakat.

Cerna Minda – Ir Ahmad Jais Alias – Memahami perubahan, jangan biarkan diri dipaksa menerima perubahan.

Isu – Pahrol Mohamad Juoi – Hidup untuk member.

Isu – Abu Irdak – Mengapa kita enggan memberi?

Jalan Keluar – Ustaz Ahmad Baei Jaafar – Persembahan terbaik untuk kesan terbaik.

Hikmah – Ustaz Hasrizal Abd Jamil – Antara orang agama dan orang beragama.

Mahmudah – Umar M Noor – Tarbiah diri dengan sifat reda.

Hai Anak – Rashidah Mustaffa – Didik anak-anak peka dengan kebersihan.

Haramain – Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman – Arafat, iktiraf darjat seorang hamba.

Beduk Diketuk – Imam Global – Ingat mati, tingkat produktiviti.

Soal Jawab Solat dan Fiqah – Ustaz Fadzli Al-Yamani.

Muamalat – Ustaz Zaharuddin Abd Rahman – Sedekah atau pinjaman?

Soal Jawab Muamalat – Ustaz Zaharuddin Abd Rahman.

Potensi – Hj Muhammad Zakaria – Sifat orang cemerlang.

Cerdik Baik – Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah – Menerobos sempadan diri, patuh dan doa.

Soal Cinta – Pahrol Mohd Juoi – Oksigen cinta.

Cetusan – Prof Dr Sidek Baba – Meniti jalur dakwah.

Maqasid Syarie – Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani – Merintih manfaat ukhrawi, memperoleh menfaat duniawi.

Tanbih – Norhaslina Jusin- Pertama ok, ayat kedua ko.

Dari Seberang – Ummu Sakinah Hj Muhammad – Bercermin pada kaca mata Islam.

Kembara – Haji Muhammad Zakaria – Tiga kampong tenggelam ditelan bumi.

Fadhail’amal – Ustaz Mohd Gunawan Che Ab Aziz – Terdorong oleh fadilat, tidak ikhlas?

Kiasan – Ustaz Shauqi Othman – Umpama utrujjah dan kurma.

Remaja – Fatima Syarha Mohd Noordin – Istikharahku membisikkan sesuatu.

Usaha Jaya – Dr Irfan Khairi – Geniuskah anda?

Jejak RM – Mahdzir Md Isa – Kewangan 2009, sihat atau tenat?

Mahir – Ahmad Fadzli Yusuf – Pejabatku syurgaku.

Munakahat – Ustaz Badli Shah Alauddin – Nikah wanita zina.

Syiar – Dr Abd Basit Abd Rahman – Mencari keringanan (Tatabbu’ al-Rukhas)

Tib Nabawi – Dr Farhan Hadi Mohd Taib – Berbekam boleh merawat migrain!

Murabbi – Zuraimi Ismail – Syeikh Abdul Kadir Al-Jilani, sufi yang mursyid.

Muslimah – Dato’ Siti Nor Bahyah Mahamood – Kewajipan wanita sebagai isteri.

Fiqah Wanita – Husna Hassan – Darah Nifas dan hukum-hukumnya.

Misteri Alam Ghaib – Dato’ Ismail Kamus – Syaitan mengganggu manusia dalam solat.

Faraid – Ustaz Md Yazid Ahmad – Wasiat kepada waris boleh atau tidak?

Atlas Al-Quran – Mohd Wahid Abd Hanif – Kisah Nabi Daud A.S, Raja zalim terbunuh di tangan remaja.

Analisis – Mohd Al-Adib Samuri – Takutlah Allah ketika sunyi.

Fizikr – Rohidzir Rais – Eksplorasi planet biru.

Tauhid – Ustaz Mohd Nidzam Abd Kadir – “Tangan” dan “wajah” Allah: Antara salaf dengan khalaf.

Ipod – Mohd Azrul Azlen Abd Hamid – Analisis Badar 313 bahagian 1.

Jinayat – Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri – Perlaksanaan qisas, waris diberi hak pengampunan.

Akhir Zaman – Umar M Noor – Hisab dan tiga kelompok manusia.

Pesan Nenek – Kenal makruf, kenal mungkar.

Pelik Tapi Benar – Ustaz Hj Zahazan Mohamed – Ain yang memudaratkan.

Majalah Solusi 14 ini mengandungi 109 muka surat dicatak menggunakan kertas licin dan berwarna.
Price: RM9.00



Seorang gadis itu...
Yang lembut fitrah tercipta, halus kulit, manis tuturnya, lentur hati ... telus wajahnya, setelus rasa membisik di jiwa, di matanya cahaya, dalamnya ada air, sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka, ceritera hidupnya ...

Seorang gadis itu ...
hatinya penuh manja, penuh cinta, sayang semuanya, cinta untuk diberi ... cinta untuk dirasa ...
namun manjanya bukan untuk semua, bukan lemah, atau kelemahan dunia ... ia bisa kuat, bisa jadi tabah, bisa ampuh menyokong, pahlawan-pahlawan dunia ... begitu unik tercipta, lembutnya bukan lemah, tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah ...



Seorang gadis itu ...
teman yang setia, buat Adam dialah Hawa, tetap di sini ... dari indahnya jannah, hatta ke medan dunia, hingga kembali mengecap ni'matNya ...

Seorang gadis itu ...
bisa seteguh Khadijah, yang suci hatinya, tabah & tenang sikapnya, teman lah-Rasul, pengubat duka & laranya ... bijaksana ia, menyimpan ílmu, si teman bicara, dialah Áishah, penyeri taman Rasulullah, dialah Hafsah, penyimpan mashaf pertama kalamullah ...


Seorang gadis itu ...
bisa setabah Maryam, meski dicaci meski dikeji, itu hanya cerca manusia, namun sucinya ALLah memuji ... seperti Fatimah kudusnya, meniti hidup seadanya, puteri Rasulullah ... kesayangan ayahanda, suaminya si panglima agama, di belakangnya dialah pelita, cahya penerang segenap rumahnya, ummi tersayang cucunda Baginda ... bisa dia segagah Nailah, dengan dua tangan tegar melindung khalifah, meski akhirnya bermandi darah, meski akhirnya khalifah rebah, syaheed menyahut panggilan Allah.



Seorang gadis itu ...
perlu ada yang membela, agar ia terdidik jiwa, agar ia terpelihara ... dengan kenal Rabbnya, dengan cinta Rasulnya ... dengan yakin Deennya, dengan teguh áqidahnya, dengan utuh cinta yang terutama, Allah jua RasulNya, dalam ketaatan penuh setia . pemelihara maruah dirinya, agama, keluarga & ummahnya ...

Seorang gadis itu ...
melenturnya perlu kasih sayang, membentuknya perlu kebijaksanaan, kesabaran dan kemaafan, keyakinan & penghargaan, tanpa jemu & tanpa bosan, memimpin tangan, menunjuk jalan ...


Seorang gadis itu ...
yang hidup di alaf ini, gadis akhir zaman, era hidup perlu berdikari ... dirinya terancam dek fitnah, sucinya perlu tabah, cintanya tak boleh berubah, tak bisa terpadam dek helah, dek keliru fikir jiwanya, kerna dihambur ucapkata nista, hanya kerana dunia memperdaya ... kerna seorang gadis itu, yang hidup di zaman ini ... perlu teguh kakinya, mantap iman mengunci jiwanya, dari lemah & kalah, dalam pertarungan yang lama ... dari rebah & salah, dalam perjalanan mengenali Tuhannya, dalam perjuangan menggapai cinta, ni'mat hakiki seorang hamba, dari Tuhan yang menciptakan, dari Tuhan yang mengurniakan, seorang gadis itu ... anugerah istimewa kepada dunia!



Seorang gadis itu ...
tinggallah di dunia, sebagai ábidah, dahípayah & mujahidah, pejuang ummah ... anak ummi & ayah, muslimah yang solehah ... kelak jadi ibu, membentuk anak-anak ummah, rumahnya taman ilmu, taman budi & ma'rifatullah ...

Seorang gadis itu ...
moga akan pulang, dalam cinta & dalam sayang, redha dalam keredhaan, Tuhan yang menentukan ... seorang gadis itu dalam kebahagiaan! Moga lah-Rahman melindungi, merahmati dan merestui, perjalanan seorang gadis itu ... menuju cintaNYA yang ABADI